Wednesday 11 May 2016

Filled Under:

Tragedi Taska: Budak Perempuan 4 Tahun Maut Dilanggar Ibu Sendiri



        Tragedi Taska: Budak Perempuan 4 Tahun Maut Dilanggar Ibu Sendiri|K0ta Kinabalu: Budak perempuan berusia empat tahun maut dilanggar kereta dipandu ibunya, dipercayai tertekan pedal minyak di kawasan parkir Taska Alam Damai, Taman Seputih, Luyang, K0ta Kinabalu, pagi tadi.

        Dalam kejadian 9.30 pagi itu, dua murid taska dan se0rang guru wanita turut cedera dan dihantar ke H0spital Queen Elizabeth II (HQE II).

        Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Megan W0ng Shi Ting, manakala yang cedera, Siti Amira Haqisyah Maennang Ambia, 6, M0hd Fakhriy Fasyin N0rman,5 dan Valin Shammi, 25.

        Difahamkan, sebelum kejadian, Ibu Megan berusia 36 tahun menurunkan anaknya di depan pagar taska berkenaan.

        Selepas itu, dia kemudian masuk semula ke keretanya dan dipercayai tertekan pedal minyak sehingga melanggar anaknya yang berjalan beriringan dengan dua lagi murid dan guru di hadapan keretanya.

        Megan disahkan meninggal dunia pada 10.10 di HQE II.

        Ketua P0lis Daerah K0ta Kinabalu Asisten K0misi0ner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Harianmetr0







0 comments:

Post a Comment